Buah Durian Belanda

benih-durian-belanda

Buah Durian Belanda atau nama saintifiknya Annona muricata  adalah dari keluarga Annonaceae. Satu keluarga juga dengan buah nona. Kebiasaan buah durian belanda adalah bentuk jantung jika pendebungaan berlaku dengan sempurna. Buah durian belanda boleh mencapai berat sehingga 5kg. Biji durian belanda, buah dan daun telah digunakan secara tradisional untuk merawat sakit perut dan demam, dan akhir-akhir ini sangat terkenal dengan rawatan penawar kanser.

benih-durian-belanda2

Kebiasaannya pokok durian belanda dibiaakkan melalui biji benih. Biji benih akan bercambah lebih kurang 2 minggu.  Benih durian belanda yang telah ditanam akan mula berbuah seawal 2 tahun sekiranya anak pokok durian belanda dijaga dengan baik. Pokok durian belanda boleh menghasilkan sehingga 50 biji buah bergantung kepada pendebungaan yang sempurna.

[ Benih durian belanda dot com ]




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *