Cara Menanam Durian Belanda

benih-durian-belandaCara Menanam Durian Belanda tidaklah sukar sekiranya anda sudah biasa menanam pokok buah-buahan. Pokok durian belanda kebiasaannya dibiakkan dengan menggunakan biji benih yang berkualiti. Biji benih yang disemai kebiasaannya akan tumbuh diantara 2-3 minggu bergantung pada keadaan benih. Benih durian belanda yang boleh ditanam di ladang kebiasaannya adalah dari Anak pokok durian belanda yang berumur lapan bulan dan ke atas atau mencapai ketinggian melebihi 30 cm

Sebelum ditanam, anak benih atau anak pokok perlu didedahkan kepada cahaya matahari sepenuhnya (hardening) supaya ia tahan dengan keadaan suhu panas yang berbeza-beza dan mengurangkan kadar kematian anak pokok selepas ditanam.




Bagi penanaman di ladag, jarak tanaman yang disyorkan ialah 6 meter x 6 meter dengan menggunakan sistem segi empat sama. Kepadatan pokok yang boleh ditanam untuk keluasan sehektar ialah diantara 250- 270 pokok.  Kerja penyiraman perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sehari dan dilakukan secara berterusan bagi membantu membekalkan air secara perlahan-lahan untuk tempoh 6-8 bulan selepas ditanam. Pokok durian belanda memerlukan sekurang-kurangnya 12 liter air sehari untuk mempercepatkan pertumbuhan tunas dan pucuk baru.

Aspek yang penting dalam penjagaan tanaman durian belanda ialah kaedah pembajaan. Baja tumbesaran (NPK Hijau 15:15:15) perlu diberikan bermula dari awal penanaman di ladang sehingga pokok berumur tiga tahun. Secara asasnya, kekerapan pembajaan pokok kecil ialah empat kali setahun dengan kadar 500 – 600 gram setahun bagi baja NPK hijau. Manakala, baja buah (NPK Biru 12:12:17:2) mula digunakan apabila pokok mencapai peringkat kematangan atau apabila pokok mula mengeluarkan buah. Baja buah berfungsi menggalakkan pengeluaran bunga dan buah secara optimum. Kadar baja pula bergantung kepada umur pokok dan tahap kesuburan tanah

Pokok durian belanda mula mengeluarkan buah pada umur 2-3 tahun selepas ditanam di ladang. Pengeluaran buah juga bergantung kepada beberapa faktor lain seperti tahap kesuburan tanah dan amalan agronomi yang betul. Bagi menghasilkan pengeluaran buah yang tinggi, pendebungaan berbantu sangat diperlukan. Teknik pendebungaan berbantu yang betul juga penting bagi meningkatkan hasil durian belanda.




3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *