Semai Benih Durian Belanda

semai-benih-durian-belanda

Kebiasaannya benih durian belanda dibiakkan melalui biji benih. Biji benih durian belanda yang diambil hendaklah dari buah yang telah masak. Kemudian pilih biji yang baik dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum ditanam. Dalam kes ini saya telah keringkan dan simpan selama 2 minggu sebelum disemai ke dalam media tanah campuran atau peatmoss. Untuk Semai Benih Durian Belanda tidaklah sukar. Pastikan benih disiram bagi mengekalkan kelembapan dan dapat mempercepatkan percambahan.

benih-durian-belanda2

Selepas 2 minggu biji benih akan bercambah dan lebih kurang 3-4 minggu bolehlah dipindahkan ke polibeg yang lebih besar. Benih durian belanda yang berukuran tinggi lebih 30cm atau berusia lebih kurang 6 bulan boleh dipindahkan atau ditanam di ladang.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan benih durian belanda silalah call/ whatsapp ke 010-8448804 untuk bertanya mengenai stok yang masih ada berserta harga yang ditawarkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *